February 24, 2012

ENGKAU SIAPA?


engkau siapa?
hidup aku yang dulunya diwarnai bebungga segar
kini layu menyembah bumi
hinggakan aku rayu pada rerumput agar tumbuh
tapi mereka enggan seolah rayuanku hanya halunisasi

engkau mahu apa?
nafas ku sesak setiap sepurnama malam
melangkah selangkah pun aku mula gusar
hinggakan aku merasakan kau bagaikan firaun
mengarahkan kulinya mengacukan tombak kala aku bernafas

engkau bagitahu aku engkau apa?
mengekori aku seperti bayangan kala mentari menegak
tetap berada disisi aku tidak putus walau sedetik

atau

engkau punya kuasa yang menghukum aku
yang membunuh rohani aku secara kejam
lalu mereputkan lahiriah aku perlahan?

engkau?
memori kejam yang ingin bunuh aku
lalu menyeru aku untuk terbang ke langit ke tujuh
terus terjun merentasi segala petala langit
akhirnya jiwa aku terbang dan engkau tersenyum senang.
www.tips-fb.com

February 20, 2012

Dari Aku Untuk Kamu


Aku tidak akan membiarkan kamu mati,
Dan malam ini aku akan pasti ada dekat denganmu,
Tidak akan meninggalkan kamu lapar dan keseorangan,
Dan membiarkan kejahatan mendekati kamu wahai cinta.

Tidak mungkin meninggalkan kamu dalam kebimbangan,
Kamu tidak bersalah seperti sebuah karya seni agung,
Cantik tapi tidak dihargai semua orang,
Persetankan mereka yang memandang kamu seperti itu,
Aku ada untuk menghargaimu,
Kebenaran ini tidak boleh dibiarkan lagi,

Aku akan menemukan yang terbaik dalam diriku,
Dan aku akan mencari kekuatan untuk menjadi kebal,
Demi melawan setiap pukulan, lontaran, dari mereka yang dipersetankan,
Untuk kamu, yang aku hargai setiap hari dan saat udara segar ku sedut,
Janji.

Jangan sebut kamu rapuh,
Usah ucap kamu lemah,
Tidak mungkin pernah membiarkan kamu mati,
Tidak akan membenarkan kamu cuba,
Meskipun sekadar memikirkannya,
Ya, aku sayang kamu.

www.tips-fb.com

Cahaya Yang Pergi



Ini hati ----> hati kian mati.
 
I

Tiba-tiba kau hadir
Kau muncul balik cahaya
Kau beri aku cinta
Kau ajar aku rindu
Kau bawa aku terbang nun jauh
Kau bilang kalau aku terjatuh
Kau awal-awal akan sambut
Kau buat aku hanyut
Kau buat aku lemas
Lemas dalam dongeng ciptaan kau


II

Aku cari kau dalam hati
Aku cari kau sana sini
Aku cari dan terus mencari
Kau hilang lesap sepi
Aku bagai si buta hilang tongkatnya
Mencari-cari arah mana harus aku tuju
Terduduk aku menangis sendiri
" Kemana sayang, kemana kau pergi?
Kenapa tinggal aku sendiri?
Kemana kamu wahai sayang?
Jangan pergi, jangan tinggal aku di sini."
Kau hilang tanpa pesan
Aku masih berdiri di situ
Aku masih terus menanti


III

Setelah aku berputus harapan
Aku mula melangkah sendiri
Setelah aku kukuh berdiri
Kau datang
Kemaafan kau pohon
Kesesalan kau tidak berpenghujung
Kau kini dimiliki dia
Kau bukan milik aku lagi
Namun kau tak pernah lepaskan aku pergi
Kau berdebat hebat di sana
Kau terjerat dengan katanya
Kau kembali ke sisi aku
kau cari ketenangan denganku
Kau cumbu rayu aku
Buat aku kembali terbang jauh


IV

Kini biarlah aku pergi
Biar aku rawat hati aku sendiri
Biar aku cari penawar dari yang sudi
Aku tak mahu antara kau dan dia
Sering muncul aku lagi
Sudah-sudahlah
Bahagia kau bukan di sini
Malah bahagia aku bukan di sisi kau lagi


" Cahaya yang kau cari, yang dulu pernah kau miliki, kini pergi. "

www.tips-fb.com

February 19, 2012

Kesal


Kau.
Pandang aku, tatap mata aku.
Renung, tenung.
Tak nampak?
Kabur? 
Kelam?


Tembak tembus kepala aku.
Biar otak aku berterabur di lantai.
Biar pecah semuanya.
Biar hancur.
Biar berderai.
Biar berkecai.
Biar musnah.

Dulu kau aku sanjung
Darjat kau tertinggi aku tempatkan
Kau aku julang
Pada semua aku kata kau terhebat
Aku laung kau yang cukup sempurna
Aku tipu hati aku
Aku buta mata aku
Aku simpan semua sakit aku
Di tempat tersorok terpencil
Terdalam...terlalu dalam

Ternyata aku salah
Aku fikirkan kau akan berubah
Menjadi pria terhebat yang aku damba
Menjadi lelaki sempurna yang aku pinta
Menjadi lelaki yang aku mahu


Kau,
Takkan pernah berubah.
Sampai mati kau kekal hitam


Tikam saja aku
Tepat di dada
Di jantung
Tikam dalam-dalam
Biar mati aku ditangan kau
Biar kesal aku - hilang


Kesal - kita pernah berpacaran.

Kau - datang usai hujan, pergi lepas pelangi muncul diri. 
Kau - tak cukup sempurna untuk mencintai!



" Saya tak pernah menyesal mencintai awak, tapi saya menyesal kenal dengan awak dan awak,kesilapan terbesar sepanjang hidup saya! "





www.tips-fb.com

February 18, 2012

Sang Matahari.


Sekian lama awan mendung di sana,
Menanti angin kuat meniup ia pergi,
Sebelum telat hujan turun,
Basahkan jiwa dan raga itu,
Hampir sahaja itu berlaku,
Aku melihat dari jauh.

Aku,
Sang matahari bersinar,
Memberi cahaya kepada cinta itu,
Setelah angin kuat meniup awan mendung pergi,
Meninggalkan hati yang basah,
Dengan titisan air hujan,
Aku menyinar, memanaskan kembali hati itu,
Agar bisa kamu tersenyum lagi,
Kerana senyuman manis itu,
Sentiasa menjadi kegemaran ku,
Dan aku minta pada hati itu,
Izinkan aku menjadi sang matahari itu,
Bukan hanya untuk hari ini,
Tapi untuk selamanya.
www.tips-fb.com

February 16, 2012

Dewasa




Laung pada maya konon dia kau punya
Jerit pada senja cinta kau pada dia
Lebih dari isinya dunia
Bila berdua pegang sini sana
Bila bersama cium cumbu mesra
Bila malam hanyut dalam desah nafas asmara cinta


" I janji, jadi apa-apa I bertanggungjawab. "


Percaya.
Berserah.
Rela.
Pasrah.


Bila tibanya waktu
Janji dicari tubuh melari. 


" Eh. I pakai kot. Takkanlah. Ah. Orang lain punya tu. You jangan nak tuduh I lah! Shit! Bukan I tak tau  you semua jantan you layan.  "


Sini sayang sini. 
Kakak ada.
Kakak teman.
Kakak nasihat.
Biar kakak rawat sakit di hati.


Jangan dipercaya janjinya lelaki
Semudah mereka menyentuh berjanji manis 
Percaya ya kata kakak

" Lelaki yang baik takkan menyentuh sesuatu bukan haknya. Kalau benar dia sayang, dia cinta, maruah kamu dia julang. Bukan dia lumatkan."



Dan kamu,
kalau kamu gadis baik.


" Perempuan yang baik takkan menyerahkan sesuatu kepada yang bukan tuannya. Bukan itu amanah? Bukan itu perlu kamu jaga? "


Sini sayang sini.
Pukullah sampai mati.
Kalau nasi dah jadi bubur.
Tak guna lagi .


" Hidup dengan pengalaman. Kau akan dewasa sebagai seorang manusia. "


www.tips-fb.com

Ubah


Jika Tuhan beri peluang
Aku mahu ubah kita.

Supaya tak ada antara kita yang pernah menangis.

www.tips-fb.com

Hati


Saat aku terima kamu di hati ini,
Aku sudah berjanji pada diri sendiri,
Akan menjaga kamu sekuatnya aku,
Akan mengembirakan kamu semampunya aku,
Akan buat kamu tersenyum sentiasa bersamaku,
Takkan ku biarkan kamu jatuh,
Jika jatuh, biar kita bersama,
Aku akan ada sentiasa untuk kamu,
Kerna aku sayang kamu,
Sentiasa sayang kamu,
Ingat itu,
Sayang.
www.tips-fb.com