Ini hati ----> hati kian mati.
I
Tiba-tiba kau hadir
Kau muncul balik cahaya
Kau beri aku cinta
Kau ajar aku rindu
Kau bawa aku terbang nun jauh
Kau bilang kalau aku terjatuh
Kau awal-awal akan sambut
Kau buat aku hanyut
Kau buat aku lemas
Lemas dalam dongeng ciptaan kau
II
Aku cari kau dalam hati
Aku cari kau sana sini
Aku cari dan terus mencari
Kau hilang lesap sepi
Aku bagai si buta hilang tongkatnya
Mencari-cari arah mana harus aku tuju
Terduduk aku menangis sendiri
" Kemana sayang, kemana kau pergi?
Kenapa tinggal aku sendiri?
Kemana kamu wahai sayang?
Jangan pergi, jangan tinggal aku di sini."
Kau hilang tanpa pesan
Aku masih berdiri di situ
Aku masih terus menanti
III
Setelah aku berputus harapan
Aku mula melangkah sendiri
Setelah aku kukuh berdiri
Kau datang
Kemaafan kau pohon
Kesesalan kau tidak berpenghujung
Kau kini dimiliki dia
Kau bukan milik aku lagi
Namun kau tak pernah lepaskan aku pergi
Kau berdebat hebat di sana
Kau terjerat dengan katanya
Kau kembali ke sisi aku
kau cari ketenangan denganku
Kau cumbu rayu aku
Buat aku kembali terbang jauh
IV
Kini biarlah aku pergi
Biar aku rawat hati aku sendiri
Biar aku cari penawar dari yang sudi
Aku tak mahu antara kau dan dia
Sering muncul aku lagi
Sudah-sudahlah
Bahagia kau bukan di sini
Malah bahagia aku bukan di sisi kau lagi
" Cahaya yang kau cari, yang dulu pernah kau miliki, kini pergi. "
No comments:
Post a Comment