Kau, aku, mereka,
Semuanya sama sahaja,
Tiada beza sesama kita,
Dalam diri adanya baik,
Buruk juga punya tempatnya,
Jangan biarkan buruk bermaharajalela,
Aku mohon pada-Mu,
Kuatkan aku, Hamba-Mu,
Jangan pernah biarkan ia pergi,
Sisi baik dalam diriku,
Jangan pernah pergi.

No comments:
Post a Comment