February 15, 2012

Biarlah


Kalau inilah namanya cinta
Kalau beginilah rasanya jatuh cinta
Kalau beginilah sakitnya rasa hampa

Biarlah
Biarlah
Biarlah
Biarlah

Biarlah aku begini
Sampai akhir nanti
Sungguh.
Biarlah.

" Manusia ini pelbagai selera. Pelbagai nafsu. Dan kau, bukan salah satu dari yang mereka mahu, mereka perlu. "

Sukar berurusan dengan hatinya manusia. 
Sesukar berbicara pada bulan.
Kau menjadi pungguk yang setia menanti
Jawapan dari si bulan.
Kasihan.

Sudah-sudahlah hati
Bangun dan berlari.
Bukan prinsip kau dulu
Biar kau terus sendiri 
Kau takkan mati?

Nun di atas sana
cintaNYA lebih besar dari kau perlu, kau mahu
tiada akhirnya
dan kau tetap merasa bahagiakan?

" Kau jadi diri kau. Jadi siapa kau. Tak perlu jadi orang lain. Jangan hipokrit. Kalau dia mahu, yang dia mahu kau yang asli. Bukan plastik surgeri. Buat apa kalau dia kawen dengan kau, semata-mata nak main? Semua sebab susuk tubuh kau, rupa menawan kau.  Tapi bukan sebab hati budi kau. Bukan sebab cinta dan kasih sayang kau. Kan? "

*Angguk dan mendongak ke langit.*

www.tips-fb.com

2 comments:

Cangkul Emas said...

Usah menanti cinta yang tak pasti.
Cinta di atas lebih suci.

Mellyana Sara said...

:) thanks.