February 16, 2012

Dewasa




Laung pada maya konon dia kau punya
Jerit pada senja cinta kau pada dia
Lebih dari isinya dunia
Bila berdua pegang sini sana
Bila bersama cium cumbu mesra
Bila malam hanyut dalam desah nafas asmara cinta


" I janji, jadi apa-apa I bertanggungjawab. "


Percaya.
Berserah.
Rela.
Pasrah.


Bila tibanya waktu
Janji dicari tubuh melari. 


" Eh. I pakai kot. Takkanlah. Ah. Orang lain punya tu. You jangan nak tuduh I lah! Shit! Bukan I tak tau  you semua jantan you layan.  "


Sini sayang sini. 
Kakak ada.
Kakak teman.
Kakak nasihat.
Biar kakak rawat sakit di hati.


Jangan dipercaya janjinya lelaki
Semudah mereka menyentuh berjanji manis 
Percaya ya kata kakak

" Lelaki yang baik takkan menyentuh sesuatu bukan haknya. Kalau benar dia sayang, dia cinta, maruah kamu dia julang. Bukan dia lumatkan."



Dan kamu,
kalau kamu gadis baik.


" Perempuan yang baik takkan menyerahkan sesuatu kepada yang bukan tuannya. Bukan itu amanah? Bukan itu perlu kamu jaga? "


Sini sayang sini.
Pukullah sampai mati.
Kalau nasi dah jadi bubur.
Tak guna lagi .


" Hidup dengan pengalaman. Kau akan dewasa sebagai seorang manusia. "


www.tips-fb.com

4 comments:

naf1327 said...

Saya juga punya nukilan tajuknya dewasa. Hee, kebetulan sungguh, teruja nih! =D

s.a.m.y said...

Jujur. Tulisan kau sangat luhur. Aku dapat.

"Hidup dengan pengalaman. Kau akan dewasa sebagai seorang manusia".

Haah.Memang. :)

Mathilda Chung said...

pengalaman mendewasan kita (:

Mellyana Sara said...

terima kasih kawan2. terima kasih. :)