May 04, 2011

Untuk Palestin

Maafkan aku sayang,
kerna semalam,
aku bukanlah dinding yang kukuh,
untuk lindungi kau,
dari derai-derai peluru,
yang menghujani rumah kita.

Hari ini,
langit hujan,
seolah menangisi pemergian kau,
dan membasuh,
kain lecak darah dan luka parut,
daripada derita semalam.

Bila kau sampai disana nanti,
jangan lupa untuk meminta,
agar kami diberi kekuatan untuk hidup esok lagi.

Karya Johan Radzi
www.tips-fb.com

3 comments:

amirasyakirin said...

dengan secawan starbucks dan 1 set mcd ,berapa butir2 pelurukah yang kita telah sumbangkan kepada israel untuk membunuh orang islam di palestin ?

Izyan Masri said...

TIBA2 RASA TAKNAK BELI MEKDI DAH PAS BACA NI T_T

Johan "Champ" Radzi said...

Heheh thankies!