October 08, 2011

~ D i a ~


Ada sejenis manusia
Tidak punya suara
Untuk meluahkan
Hanya punya jari
Untuk melakarkan

Apa yang tersirat
Juga yang tersurat

Tapi
Masih juga kurangnya dia
Banyak lagi perlu dia
Jahit kemas dalam hati

Agar tiada nampak
Pada yang lain
Yang terhiris
Juga terluka

Agar tertutup
Punya yang lain
Agar bahagia
Juga yang lain

Semuanya untuk yang lain
Dia?


www.tips-fb.com

2 comments:

Johan 'Champ' Radzi said...

terasing. forever alone.

~Kenanga Suchi~ said...

ya. seakan manusia terbuang. dibenci yang lain. kerna kenyataan itu tidak mampu disuarakan. harus ditutup rapi.