October 26, 2011

Munafik II


Cintaku yang masih belum bulat,
menanam angan membersih jagat.

Duhai,
apakah munafik itu kini adalah darah-darah mukmin
dan cakap-cakap syurga sebenarnya mencelaka.

61:2,
selalu kubawa
dan ada waktu-waktunya
kuhadamkan;
kontan kujadikan tinja.

Sindir-sindir akal (dan mungkin barangkali syaitan):
"aku sang pendosa modenis mengharap syurga yang paling manis."
www.tips-fb.com

3 comments:

Nur Aizureen Md Zahir said...

syurga itu ada tp bukan pada yg munafik :)

besh ~!

Edy said...

ahhh,
hasil tangan shaz;
kembali mengetuk kesedaran.

Kudos, sahabatku :)

shazleeshahazeman said...

adeh.
bagaimana agaknya wajah-wajah kita di depan Allah ye?

ayuh terus doa,edy dan aizureen.