April 18, 2012

Graviti

Graviti,
Daya yang tidak mungkin boleh dilawan,
Tidak jika kamu di sini,
Batu ketiga dari matahari,
Yang dilambung ke atas,
Pasti jatuh ke bawah,
Tapi, aku mohon,
Jangan biarkan dirimu jatuh ke bawah,
Jangan biarkan dirimu terbang di atas,
Bijak imbangi dirimu,
Dan kejayaan pasti dimiliki.
www.tips-fb.com

1 comment:

Umie Artoqiemie said...

bertuah jadi graviti hihi :)