Dia melagu sayup rubaiyat sang
perkasa puitis Iran. Dan dalam hujan tangis dia terus berlari-lari di atas
padang merah raya, membara, padang anganannya - memohon kepada Tuhan Esa. Tawakalnya kepada Tuhan berdesak-desak. Dia mahu tauhidnya sempurna. Tinggi. Tak tercicir.
Kemudian, dia terjatuh di hujung padang
panas itu. Seusai jatuh, dalam nafas yang abar, dia memutuskan bahawa dialah
jelmaan Mowlavi Rumi. Dia sudah hilang penglihatan akhir dan dia sudah alpa.
Dalam, perlahan, dia berfikir-fikir,
bahawa adakah segalanya daripada kesalahan manusia? Dia angkat tangan gigil, dan berdoa
dengan penuh sangat - supaya Tuhan membuka semula hatinya yang jauh
bergelimpangan.
"Andai sahaja aku menekuni tasawuf." Itu kata terakhirnya sebelum dia beransur siuman.
2011.
2011.
No comments:
Post a Comment