April 09, 2012

Nota Musik Sumbang


Kisahnya tragis,
Lelaki cinta perempuan,
Perempuan cinta lelaki,
Melayang tidak menjejak tanah,
Dek kuat rasa sayang,
Berlegar di ruang angkasa,
Berkongsi nafas yang sama,
Cinta, kuat.

Di saat itu
Jika ada perkataan lebih indah daripada indah,
Itu lah keadaannya sekarang,
Pencinta paling setia,
Berkongsi suka dan duka,
Cinta, kuat.

Jumpa dan berpisah,
Kadang-kala ini terjadi,
Lelaki juga tidak terkecuali,
Berpisah untuk sekian kali,
Yang terbang di udara kembali ke bawah,
Menjejak tanah daratan kontang,
Dipaku kaki di sana,
Biar pegun berdiri tidak bergerak,
Cinta, kuat.

Rasa di dalam hati,
Di luah melalui lagu,
Gitar bertali longgar,
Suara serak basah,
Dengan hati yang penuh rasa hampa,
Tercipta lah nota musik sumbang,
Dari Lelaki untuk perempuan.
Cinta, kuat. www.tips-fb.com

4 comments:

Anonymous said...

Ahh bila hati mulai celaru, apa yang diluah melalui lagu turut sama celaru. Lahirlah nota musik sumbang. Dari hati.

Ariff Masrom said...

Dari hati. Mungkin tak ikhlas memberi, tapi jujur itu pasti.

Siti Zafira said...

dari puisi ini, aku membayangkan cerita cinta dalam kalangan entiti hantu. boleh tak? :)

Ariff Masrom said...

Hantu sekarang pandai bercinta, tahu tak? haha. :)