January 24, 2013

Hati

Wujud satu ruang
Di dalam hati
Tanpa papan tanda
Kosong
Tapi sudah dijajah
Berbekas

Ia kosong tanpa apa-apa
Cuma penuh dengan
---bunyi sunyi
---udara dingin
---dingin dan sunyi
Bergema degupan jantung di ruangan itu

Di ruang itu
Ada satu kerusi
Untuk kamu duduk
Dan kekal di sana
Di dalam hati aku
Mungkin jika peluang aku cerah
Kamu juga sediakan
Satu kerusi di dalam hati mu
Agar aku dapat
Duduk di dalam hati juga.

www.tips-fb.com

2 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

kerusi itu telah lama aku beli untuk kamu. simpan dalam hati aku :)

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://wisataoutboundmalang.com/

http://www.nolimitadventure.com/