Matanya yang redup
Memandang tepat ke arahku
Menyelam jauh ke dalam mataku
Hinggakan aku rasa lemas
Setiap jelingan yang dilemparkan
Yang disertakan dengan senyuman paling manis
Indah ciptaan Tuhan
Sedang mulutnya mula menyusun kata
Telinga ku tersedia menadah
Setiap butir kata yang diluah
Aku terhanyut dalam diam
Jasad di sini, di hadapannya
Jiwa terbang tinggi
Sambil memegang erat tangannya
Dan aku berharap
Jiwa dan hatimu bersedia
Menerima semula cinta
Kerana aku ingin luahkan rasa
Satu, dua, tiga,
Kamu aku cinta.
No comments:
Post a Comment