January 20, 2013

Tulisan Hati


Sembah sujud aku pada Tuhan,
Semoga kau selalu ada - untuk aku.
Di tiap jatuh dan bangkit aku,
Tiap luka dan perit hati aku nantinya,
Kau di situ ; temani aku.

Rayu tangis aku pada Tuhan,
Biar hati aku kuat untuk kau,
Seperti mana adanya kau untuk aku,
Seperti itu juga aku nantinya,
Tak kira badai ribut taufan,
Biarlah aku ada,
Adanya aku sampai bila-bila.

Tak aku minta segala intan permata,
Seperti lainnya manusia atas dunia,
Cukup ; bercukupan aku dengan cinta kau limpah,
Aku cukup benar bahagia.

Semoga Tuhan merahmati kita,
Ayahbonda merestui kita,
Sahabat handai jauh dekat mendoakan kita.

Semoga jodoh kita kekal berpanjangan,
Bukan cuma di singgah sana,
Biarlah hingga ke syurga.



www.tips-fb.com

4 comments:

ablxhr said...

realiti atau hanya sekadar tulisan :O wondering juga ni :O

Mellyana Sara said...

realiti. :)

mel said...

waaa :) impressive .

keep it up . hiks .

Mellyana Sara said...

Hikhikhik! :P