May 31, 2011

rima-rima senja

renek kilauan
merangkak ke senja
ratib lamunan burung

belati runsing gelira
gembur jalan kurap
menikam warna senja www.tips-fb.com

please

tolong jangan kepung aku dengan awan-awan hitam kalian
aku tak mahu itu
aku mahu kebebasan
aku mahu ruang untuk aku bernafas
beri peluang kepada aku
TOLONG.......
www.tips-fb.com

Palat





Kalau tahu hidup tu macam palat
jadi tak perlulah nak highlight kan sangat
bukan semua orang suka nak lihat
lagi ramai yang jadi meluat
tak percaya?
cubalah buat.




www.tips-fb.com

May 30, 2011

mual

mati sebelum masa
hilang semasa ada
berkubur ketika bernyawa. www.tips-fb.com

May 29, 2011

sudah dilupalekakan

dilupalekakan seketika nyawa disana
untuk disukariakan nyawa disini.

tetap
tak berganjak walau seribu niat digemakan

dia lupa,
satu dan dua nyawanya
dipinjam cuma.

masih
dia terpura lupa. www.tips-fb.com

May 27, 2011

Patung tugu.

Demi Cinta,
aku tidak mahu menjadi seperti tugu,
hanya bodoh menunggu,
menjadi karat,
menjadi reput,
patah satu demi satu,
roboh dari luar dan dalam,
dan akhirnya binasa menyembah bumi,
hanya untuk sesuatu yang sudah menjadikan aku seketul patung,
daripada seorang manusia bernyawa.



www.tips-fb.com

May 25, 2011

Gelap

Nadia.

Gadis erotik yang meliuk lentok dalam gelap berhias lampu kelip-kelip merah, hijau, biru.

Tubuh erotiknya meneman tubuh jantan syaitan
dengan nafsu di dalam dompet.

Nafsu di dalam dompet.

Nadia.

Aku.

Masih terbayang tubuhnya di pembaringan.
Dengan pakaian minimal yang mengundang
nafsu dan syaitan bersatu dalam tubuh.

Nadia.

Wajahnya, meminta kenikmatan. Bukan
jalang perempuan-perempuan jalanan mencari
rezeki bermodalkan tubuh dan pelir-pelir gila
nafsu. Dia cuma mahu kenikmatan.

Nadia.

Aku rindu gadis-gadis kamu.

Meliuk lentok di lantai dansa. Di tubuh jantan
syaitan dengan nafsu di dalam dompet.

Dan kau pilih aku, jantan seorang di meja sudut
gelap dengan sebotol beer dan sekotak rokok.

Dalam gelap. Hitam. Kelabu. www.tips-fb.com

May 24, 2011

Sayu sebuah jalan...

Semilir angin menderu menyapu selembut wajah,
Membuat jiwa terbadai tersentak lemah,
Dalam kalut ianya bermadah,
Aku kalah.

Panji janji dulu menerjah rongga telinga,
Halus, manis, 
Jejari lembut melingkar erat bertaut,
Mematri setiap butir bicara.

Baru aku sedar,
Aku baru melewati sebuah pusara,
Tinggi semak lalang,
Ada nisan tapi tiada nama.

Serta-merta talkin dikamitkan..

----sudah-sudahlah ingat cerita lama oi!!--- www.tips-fb.com