November 26, 2012

#TillJannah Please.

sekarang,
meski sibuk menghitung hari; sibuk dengan pekerjaan dan manusiawi
aku percaya;
ini masa merealisasikan janji-janji.

mungkin bukan semua. 
kerana kesempurnaan bukan sifat manusia biasa-biasa.
namun aku percaya.
ini tanggungjawab bukan sia-sia.
allahuakbar bakal makbulkan doa dan usaha, insyaallah.

setelah kesakitan, kegembiraan, kesengsaraan
bertahun kita makan. kita telan dengan kesanggupan.
ini masa kita beriringan, berpimpin tangan di hari kebesaran.

malam ini,
aku tersenyum, mengingat sedikit kebodohan tika menghadap kecelakaan.

allahuakbar,
besarnya kasih mu untuk pelengkap separuh keimanan kehidupan.
meski pernah sakit, berjauhan, terpuruk dengan kekecewaan
dan kami tidak sendirian.
ada sedikit keimanan dan kesabaran kau calitkan.

untuk pelengkap separuh keimanan kehidupan,
tidurlah sayang. semoga tidurmu lena dilindung cahaya iman kiriman allahuakbar.



p/s:
rasa tak percaya sebab gua bakal melangkah ke satu level tanggungjawab kehidupan. sayang aku #TillJannah, please.
www.tips-fb.com

November 24, 2012

Tawaran Manis



Nah,
Ambil sebanyak mana cintaku yang kau perlu
Agar manis setiap harimu
Agar senyum hiasi wajahmu

www.tips-fb.com

November 20, 2012

.::Kau Yang Bernama Teman::.

Kau cipta gua
dan kau hidup di dalamnya.

Bahagiakah hidup kau?
Hanya memandang dinding sepi,
bertemankan cahaya malap,
dan diiringi muzik sentimental.

Aku penat hanya dengan melihat,
aku runsing hanya dengan memikirkanmu,
hatiku gundah,
ke mana dirimu yang sebenar menghilang.

Kau tahu?
Saban hari mereka bertanya,
gunung apa yang sedang kau pikul,
laut mana yang sedang kau kaut,
seolah tiada yang mahu menghulurkan tangan.

Kau punya teman,
bukan satu bukan dua.

Ah, mungkin dalam gua terlalu gelap,
pandangan kau terhalang.
www.tips-fb.com

November 19, 2012

Sejuta Wajah


Sejuta wajah yang melihat aku
Mengalirnya air mata bercampur darah
Menahan derita yang tiada akhirnya
Mengharapkan kedamaian dan keamanan
Doa yang tiada putus

Tiada helmet melindung kepala
Hanya ada kopiah putih yang dipenuhi darah
Tiada jaket kalis peluru sarung di badan
Hanya ada sekalung doa setiap kali kaki keluar memijak halaman rumah
Tiada senapang berpeluru buta menembak tepat ke sasaran
Hanya berbekal ketulan batu-batu kecil dibaling tanda melawan

Pulangkan kedamaian
Kembalikan kegembiraan
Hapuskan tangisan kesedihan
Yang mengalir sepi
Usah kau lacuri lagi halaman mereka

Tinggalkan mereka
Aman dan damai
Itu milik mereka
www.tips-fb.com

November 17, 2012

Simpul Mati


Bilang sahaja hanya ada aku dalam hati.

Lalu,
Akan ku dapatkan tali
yang menghubungkan dua hati
dan buat simpul mati.

Duduk diam-diam di situ
sampai waktu terhenti.

Bisa?






Percubaan pertama menulis di sini. :)
www.tips-fb.com

November 16, 2012

Puisi Satu Sembilan Dua Lapan : 1928

1928,
nama mu mula menggegar dunia.
dunia Islam | Yahudinisasi | propaganda kapitalis semasa.
mana silap pemula angkara?

Satu Sembilan Dua Lapan,
ranapkan semuanya. biar sirah Islamiah ini terserlah kepincangannya.
jangan tarah sikit demi sikit
kita cari mana suara celaka penentang keganasan kemanusiaan; kononnya.

piket, demo, bantah, bangkang, memorendum.
kenapa tidak daftarkan saja namanya?
kenapa perlu telor menyokong suara?
mana penjihad fisabilillah penyokong yang mau ke syurga?

tebing barat, 1928 ke dua kosong satu dua.
salah siapa?
ini satu sembilan dua lapan kejahatan dan kebodohan Islam sebenarnya.

caci maki, ludah meludahi, benci membenci.
semua sesama sendiri.
yahudi cuma memalit sedikit noda.


SATU SEMBILAN DUA LAPAN : 1928,
ini sejarah dan luka dari dosa kita sebenarnya.


p/s:

Puisi Satu Sembilan Dua Lapan : 1928 aku coretkan untuk peperangan akhir zaman.


.
www.tips-fb.com

November 13, 2012

November Rain.


kadang-kadang,
kita bagi peluang yang entah apa-apa kepada hidup sendiri.

keluh kesah
gembira duka
tangis ketawa
pengisian juga entah apa-apa.

fasa-fasa kehidupan yang sudah kita lalui
frasa-frasa bahasa kehidupan
guru-guru juga ilmu kehidupan
kematangan juga keanak-anakan
entah apa ada cerita di sana, sehingga kita jadi seperti hari ini.

sampai sekarang, point of view kita berubah.
tiada lagi caci maki kehidupan
tiada lagi celaka-celaka paling nyata

tiada lagi yang meremukkan hati.

jadi, apa yang aku tunggu lagi di sini?

oh ya, sedang menunggu hari rupanya.


#LabuanTheGreat
In The Cold November Rain, 2012.
www.tips-fb.com

November 11, 2012

You'll Never Walk Alone



Ada waktu aku selalu terfikirkan dia yang entah sudah jauh ke mana. 
Melewati hari-hari yang kian sepi tanpa suaranya sering buat aku rasa sakit sendiri. 
Sakit di hati. Rasa bagai mati. Jasad bernyawa namun jiwa terbang entah ke mana.

Mengharap dia pulang itu sesuatu yang mustahil yang sebenarnya sudah terbentang. 
Terima dan telan. Itu seharusnya aku lakukan. 
Mengucapkan sesuatu bukan semudah melakukannya. 
Tak. Susah. Sukar. Berat. Dan rindu.




Tapi aku tahu aku bukan sendiri. Selama mana ada Tuhan dalam diri dan masih kekal di hati, aku tahu aku mampu.
:)

You'll never walk alone.














www.tips-fb.com