November 16, 2012

Puisi Satu Sembilan Dua Lapan : 1928

1928,
nama mu mula menggegar dunia.
dunia Islam | Yahudinisasi | propaganda kapitalis semasa.
mana silap pemula angkara?

Satu Sembilan Dua Lapan,
ranapkan semuanya. biar sirah Islamiah ini terserlah kepincangannya.
jangan tarah sikit demi sikit
kita cari mana suara celaka penentang keganasan kemanusiaan; kononnya.

piket, demo, bantah, bangkang, memorendum.
kenapa tidak daftarkan saja namanya?
kenapa perlu telor menyokong suara?
mana penjihad fisabilillah penyokong yang mau ke syurga?

tebing barat, 1928 ke dua kosong satu dua.
salah siapa?
ini satu sembilan dua lapan kejahatan dan kebodohan Islam sebenarnya.

caci maki, ludah meludahi, benci membenci.
semua sesama sendiri.
yahudi cuma memalit sedikit noda.


SATU SEMBILAN DUA LAPAN : 1928,
ini sejarah dan luka dari dosa kita sebenarnya.


p/s:

Puisi Satu Sembilan Dua Lapan : 1928 aku coretkan untuk peperangan akhir zaman.


.
www.tips-fb.com

2 comments:

Anonymous said...

allah itu maha besar.

Edy said...

Puisi begini harus dibanyakkan dalam laman ini.

Gud jab :)