November 05, 2012

#15 : Melupakan

Kalaulah melupakan seseorang itu semudah baling batu ke dalam sungai,
Aku fikir berlonggok batu aku sudah tikam.

Pasti ikan menjerit
Pasti udang melolong 
Pasti ketam meneriak
Pasti mereka tahan sakit batu itu

Tapi
Tidaklah sama
Binatang dan manusia

Mahu saja aku bunuh perasaan rindu ini
Mahu saja aku toreh hati ini
Mahu saja aku buang segala memori
Agar aku tenang disini
Melupakan kau yang abadi www.tips-fb.com

1 comment:

Anonymous said...

setelah melepasi tahap itu, kau akan lega. percaya lah.