November 13, 2012

November Rain.


kadang-kadang,
kita bagi peluang yang entah apa-apa kepada hidup sendiri.

keluh kesah
gembira duka
tangis ketawa
pengisian juga entah apa-apa.

fasa-fasa kehidupan yang sudah kita lalui
frasa-frasa bahasa kehidupan
guru-guru juga ilmu kehidupan
kematangan juga keanak-anakan
entah apa ada cerita di sana, sehingga kita jadi seperti hari ini.

sampai sekarang, point of view kita berubah.
tiada lagi caci maki kehidupan
tiada lagi celaka-celaka paling nyata

tiada lagi yang meremukkan hati.

jadi, apa yang aku tunggu lagi di sini?

oh ya, sedang menunggu hari rupanya.


#LabuanTheGreat
In The Cold November Rain, 2012.
www.tips-fb.com

2 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

harap hari yang ditunggu itu menjadi hari yang hebat :)

dahliaqaseh said...

juga terkadang, apa yang ditunggu bukan juga apa yang diperlukan dalam hidup. makanya kekeliruan bakal berlaku :)