June 02, 2011

dongengan ngeri

1.
bayang kau tak pernah hilang
siap kau. (sumber)
walau cahaya datang,

bau kau tak pernah tanggal
walau disental,

janji kau hanya janji
dan aku,
sempat menanam benci.

cinta kau..
hanya,
dongengan ngeri.

2.
terang bulan menggali ubi, 
ubi digali lagi muda; 
kalau tuan tak tahan rugi, 
janganlah bermain dari mula.

terang bulan terang di kali,
  buaya timbul disangka mati,
jangan percaya mulut lelaki,
  lain di mulut lain di hati.
pantun: Kurik Kundi Merah Saga.


www.tips-fb.com

3 comments:

Kaseh Chempaka said...

Cantik barisan coretannya. Kaseh suka :)

Solider Sastera said...

hahahahaha...lain mulut lain hati...lain umur lain isteri kah!kah!

herumi said...

cinta yg dikhianati..
pasti mengundang benci..