aku itu
aku ini
aku begitu
aku begini
tiada lagi
diari peribadi
pena manusia telanjang
di jalanan. sensasi.
bahasa diperkosa papan kekunci
kata-
lahir dari sepi.
lahir dari kekosongan.
lahir tak berakal. emosi.
kata-
berakhir di WajahBuku.
dibakulsampah.
sepuasnya, senikmatnya.
ekspresi, ekspresi, ekspresi.
diri adalah selebriti.
setiap sudut setiap inci diri
dihakmilik umum, mahu dirai
mahu dipertonton ke sana ke mari
nurani tidak lagi berkamar. tragedi.
apa Tuhan tuli di lorong ini?
apa benar tidak mahu hipokrasi
tiap detak nubari mesti ditelanjangi?
.
No comments:
Post a Comment