August 06, 2011

Buta Harta

ini buta bukan pada mata
ini butanya ada pada harta
dikatanya,itulah senjata utama
untuk menembak harga di dunia

sekali besi congkak kena lambung
dari seberang pun ada sanggup mendayung

sekali kertas agung ditabur
akal di kepala boleh turun ke dubur

halal haram kau letak nombor dua
kau kata asal engkau cepat kaya.
ya! ya! memang kau kaya raya.
kaya neraka,kaya dosa.

tak apa kawan tak apa
bukan kau sendirian saja
ramai lagi yang serupa

bila ditatapkan sahaja kertas berangka,
mata gelap mengalah si malam yang buta.

tapi kau lupa
satu perkara

TUHAN ITU LAGI MAHA KAYA
www.tips-fb.com

2 comments:

Mawar Berduri said...

berdiri kita di padang luas, berhimpun kaya dan miskin, baru dia akan sedari, siapa tuan yang lebih kaya.

Aween Md Zahir said...

poket tebal pon tak guna kalo iman nipis,,kannn..

kaya gaks tak boley tlg kita lalu sepantas kilat kt titian sana..plus,,duit yg melambak itu la byk binasakan kita..