August 03, 2011

Seru Musika Alam


Buat anak-anak pemain musika alam;

Sekalian isi perut bumi ini adalah anugerah untukmu,
benua penuh dataran luas adalah pentasmu,
taufan dan angin buas adalah tepukan gemuruh penonton,
aurora dan bintang jadi lampu-lampu gemerlapan,
gahlah kau atas naluri seni yang dicemburui.

Biarpun tenggelam dalam ramai khalayak,
kau petik jua temali instrumenmu,
kau siulkan jua nyawa serulingmu,
kau ketuk jua kulit gendangmu,
kau suarakan jua nyanyian jalananmu;
kau tidak gentar mengubah lara menjadi hibur.

Alun lagi melodi harmonismu di tengah hiruk-pikuk,
lantun saja suara jujurmu di telinga pendengar,
jiwa akan bergetar jika faham maksud lagumu,
mata akan melirikmu;
kagum, suka, cemburu, marah.

Biarkan saja bejat hadir dan jatuh atas kepala,
lalu kau dengan riang tepiskan saja,
kerana musika alam ini kau persembahkan,
bersama niat menyampaikan rasa,
agar nuansa lingkunganmu bercahaya makna;
pengertian, pemahaman, persamaan.

Buat anak-anak pemain musika alam;

Terima Kasih.
www.tips-fb.com

1 comment:

Haikal Blank said...

Di dalam pentas dunia, aku rasa seni itu perlu. untuk minda terbuka, untuk minda berfikir akan sesuatu.

khayal dalam pikir si pemikir. :)