August 08, 2011

Licorne Noire


Hitam. Warna gelita.
Di dalamnya
ada tiada;
hampa,
buta,
noktah.

Unicorn. Tungganganku.
Laju berderap laju
keliling Cincin Zuhal;
berdebu,
kaku,
beku.

Aku satukan
kegelapan dan keindahan,
semata untuk sampai - dua ratus juta tahun cahaya
jauhnya dari Matahari;
supaya akhirnya sayap
unicornku yang patah,
bisa aku guna
dan akhirnya
ketemu kamu.
www.tips-fb.com

5 comments:

Dyat said...

salam saudara edy. khabar dari nasa,zuhal kini tidak lagi bercincin. :)

Edy said...

duh. betul ke?
sape amik cincin die?

LOL

Faaein Talip Roy said...

licorne noire tu nama unicorn ke?

Edy said...

its a french for "Unicorn Hitam"

:)

cik faz said...

kita ingat unikon ada warna putih je.
wow!hehe