April 21, 2012

PERKEBUN DUNIA

Katanya,
cinta adalah bunga
yang perlu dijaga
disiram tiap hari
diberi sinar mentari
lalu tanahnya dibaja.

Katanya,
andai ianya tetap mati
jangan salahkan mentari
jangan tuduh air jernih
jangan hukum baja diberi.

Kerana katanya,
cinta itu seperti kehidupan
hukum alam akan mematikannya
bukannya manusia maha kuasa
yang kononnya mencintai hingga mati
bertepuk tangan selagi masih mekar

Hei kamu,
pasti kepalamu akan tunduk
pabila bungamu layu sebelum tibanya
kerana cinta itu milik Dia
dan kamu hanyalah perkebun dunia.

www.tips-fb.com

2 comments:

PenjuruKosong said...

cassia adalah pokok
asal nama pada bunga
minat pada haiwan
aku adalah alam...

hahahaha

Mawar Berduri said...

hehehe.. aku ada baca status ini.