September 20, 2011

no 25 my mom

akan ada satu - satu masa, sewaktu ibu saya sedang tidur, saya akan melepet di tepi sofa dan merenung wajah ibu. kadang - kadang saya akan memerhatikan perutnya, adakah naik turun. dan kadang - kadang saya akan meletakkan jari telunjuk saya secara melentang pada bawah hidungnya, adakah masih berhembus nafas yang hangat.


akan ada satu - satu masa, sewaktu ibu saya sedang tidur, saya membayangkan wajahnya pucat membiru. saya membayangkan perutnya tidak naik turun. saya membayangkan hidungnya tidak menghembuskan nafas yagn hangat.


akan ada satu - satu masa, saya terlalu paranoid.


ibu saya seorang ibu tunggal, tahun ini sudah 5 tahun. sewaktu ayah saya meninggal dunia, iaitu di Rumah Mayat, saya ahli keluarga yang paling lambat tiba, dari dalam kereta wajah pertama yang saya nampak di sebalik longgokan air mata ialah wajah ibu saya. ibu saya sedang bersalam dengan seorang wanita yang saya tidak ambil peduli siapa dia, dan ibu sedang tersenyum. tiada satu titis air mata yang saya nampak pada wajahnya, dan tidak ada sikit kekalahan tercalit pada wajahnya.


ibu saya seorang yang kuat dan tabah. saya bangga dia ibu saya.


sepanjang 5 tahun ibu berdiri di atas dua kakinya sendiri, ibu mampu menggalas semua tanggungjawab ibu serta ayah seorang diri. ibu seorang yang bekerja menyara 3 orang anaknya yang macam jadaharam tak sedar diri. ibu saya yang pergi membayar duit monthly kereta, ibu saya yang pergi membayar cukai tanah dan pintu. ibu saya yang pergi hantar kereta ke bengkel. ibu saya yang menukar mentol bilik. ibu saya yang membetulkan paip sinki dapur. ibu saya seorang yang fleksibel. ibu saya mampu melakukan semua tanpa bantuan sesiapa.


ibu saya seorang superwoman. no, seorang wonderwoman.


"Baru saya faham, apabila kamu memandang ibu, kamu memandang ke dalam erti kasih sayang yang suci murni seorang ibu", - Charley Benetto, For One More Day by Mitch Albom.
www.tips-fb.com