Di dalam cerita sang pencinta dunia,
ada satu cerita yang satu belum dusta,
cerita nyata, cerita cinta,
belum ada siapa yang punya
hatinya gembira tak terhingga
belajar suatu perkara,
perkara dunia, dan akan dibawa ke Sana
kata dan pena adalah nyata,
namun tulisan itu kadangkala dusta
mengunyah parakdima dunia,
hingga manusia terkesima,
lalu menderita, dan menyedari,
bahawa inilah dunia,
dunia ciptaan kita.
dunia derita,
yang mana realiti mimpi menjadi realiti,
bukan lagi realiti diri.
dunia kita, dunia derita.
No comments:
Post a Comment