May 16, 2012

terima kasih sifoo!


kata orang tanpa guru; siapa lah kita hari ini.

16 tahun dulu,
aku masih ingat, cikgu aku cakap
“dalam hidup, apa jua perkara yang kalian akan hadapi; kena buat sehabis baik”
sampai mati aku ingat, insyaallah.

aku ingat lagi, cikgu aku cakap;
“bila besar nanti, kerja bagus-bagus.balas balik jasa keluarga yang bagi peluang kamu untuk belajar.”
“jangan cuba-cuba hisap rokok.rokok ni macam dadah; sekali cuba susah nak lepas”

SAYA MASIH INGAT LAGI, CIKGU.

bila umur aku masuk ke peringkat menengah.
pesan cikgu masih sama.
belajar bagus-bagus,
cari kerja yang elok,
balas jasa keluarga,
jadi manusia yang berguna untuk negara juga agama.

sampai masa, aku masuk kea lam IPT.

cikgu aku cakap,
“zaman sekarang, rebut peluang depan mata; bukan kejar benda yang belum pasti awak dapat ke tak. yang penting, buat bersungguh-sungguh. masa depan kita, bukan kita yang tentukan.”
pensyarah aku pernah cakap benda macamni,
“kalau awak tak berubah, tak tepati masa belajar; tak bersungguh belajar macamana orang bawahan awak nak dengar cakap awak Rashid?”


INSYAALLAH, SAMPAI HABIS JASAD SAYA AKAN INGAT.

sekarang,
aku masih ingat. siapa guru aku, nama guru aku; jawatan dan apa kenangan yang pernah aku lalui sama-sama dengan diorang.
ramai yang dah pencen, ramai jugak sudah berumur; sudah punya cucu.
aku ingat.
yang paling aku ingat, dalam setiap kudus nasihat diorang tak pernah ada kata-kata yang berbunyi;
“bila dah berjaya, kau bayar balik jasa aku ajar kau.”
tak, tak pernah.

sebab aku tahu,
diorang ikhlas.
kadang-kadang terikat dengan ancaman atasan.
kadang-kadang terikat dengan etika yang entah apa-apa.

sebab aku tahu,
diorang jadi guru bukan sebab OPTION.
bukan sebab takde pilihan lain.
sebab NIAT.

AKU TAHU SEMUA TU.

terima kasih guru.
terima kasih cikgu.
terima kasih sifu.

sampai habis jasad aku ingat korang.
sampai hujung nafas aku akan ingat kalian.
sampai akal sudah tiada fungsi aku akan kenang apa yang pernah kita buat.

maaf, kalau ada larangan yang kalian pernah cakap dulu aku buat hari ini.
rokok, contohnya.
maaf, kalau ada benda-benda yang buat kalian kecil hati.
maaf, kalau ada perkara-perkara yang buat kalian terasa liat mahu tegur tika ketemu di jalanan.

maaf, maaf dan maaf.
jujur dari hati, kalian manusia teragung kurniaan ILAHI selepas MUHAMMAD SAW-family-juga pemilik cinta hati ini.
moga keagungan ini terus kekal.


SELAMAT HARI GURU.


www.tips-fb.com

No comments: