Aku nampak kau duduk tepi pokok ketapang itu
Duduk mengadap ke luasnya tasik
Diriba kau ada gitar tong yang kau bawa ke hulur ke hilir
Talinya kau petik berirama yang kau sendiri tak pasti
Lalu kau melodikannya
Berirama
Namun semuanya kosong
Lalu kau bangun dan berjalan sekeliling tasik
Kau ambil gitar kau baling dalam tasik
Kau rasa puas
Meski itu cuma gitar
Namun pada kau itu sudah cukup puas
Kerana ;
Itu adalah dia
Cinta dia
Kata-kata dia
dan satu-satunya yang berharga yang dia tinggalkan untuk kau
MEMORI
dan kini,
kau dah MOVE ON
tahniah!
1 comment:
rasa macam nak nanges terbacakan ini :')
Post a Comment