May 11, 2012

Letupan Kecil Katanya

Dan aku melihat kau
Tepat ke anak mata hitam itu
Biarkan kau cuba dan mencuba
Memerhati anak mata aku juga
Dari jauh

Aku mahu kau dengar
Aku mahu kau lihat
Letupan bunga api kecil yang berlaku
Di sudut kecil jantung
Hanya dengan melihat kau senyum

Jadi, maafkan aku
Jika aku terbakar ketika asyik melihat kau tersenyum
www.tips-fb.com

No comments: