November 26, 2012

#TillJannah Please.

sekarang,
meski sibuk menghitung hari; sibuk dengan pekerjaan dan manusiawi
aku percaya;
ini masa merealisasikan janji-janji.

mungkin bukan semua. 
kerana kesempurnaan bukan sifat manusia biasa-biasa.
namun aku percaya.
ini tanggungjawab bukan sia-sia.
allahuakbar bakal makbulkan doa dan usaha, insyaallah.

setelah kesakitan, kegembiraan, kesengsaraan
bertahun kita makan. kita telan dengan kesanggupan.
ini masa kita beriringan, berpimpin tangan di hari kebesaran.

malam ini,
aku tersenyum, mengingat sedikit kebodohan tika menghadap kecelakaan.

allahuakbar,
besarnya kasih mu untuk pelengkap separuh keimanan kehidupan.
meski pernah sakit, berjauhan, terpuruk dengan kekecewaan
dan kami tidak sendirian.
ada sedikit keimanan dan kesabaran kau calitkan.

untuk pelengkap separuh keimanan kehidupan,
tidurlah sayang. semoga tidurmu lena dilindung cahaya iman kiriman allahuakbar.



p/s:
rasa tak percaya sebab gua bakal melangkah ke satu level tanggungjawab kehidupan. sayang aku #TillJannah, please.
www.tips-fb.com

6 comments:

Anonymous said...

kawen kah?

Unknown said...

ehem ehem ehem :D

Fadzli Amir said...

Salam kenal...hmmmm....selamat melangkah ke alam yg lagi satu...heheheh

Unknown said...

alam mana ? dunia ke alam barzakh ke? hehe.. sori gurau..

tahniah... besar tanggungjawab tu.. nampak mcm kecil... perkahwinan inilah realiti kehidupan dan tak pernah habis pelajarannya...

Kongsi Apa Saja

Unknown said...

untung la dapat romen.. halal plak tu.

noor azlan said...

Luahan rasa melalui karya yang kreatif. Syabas!