March 29, 2011

b a h a d u r i

di jalan itu
kau berdiri bersama bayang pilu
seakan berhenti semua yang lalu.
tetapi kau masih boleh maju
cuma kau saja yang menidak mahu

biar kau sendiri
orang berkata kau peduli
penting, kau tak mati
di jalan yang sendiri
apa yang susah ?
jalan saja ke arah sana
berpaut pada yang goyah ?
lepaskan saja agar kau bahagia

mungkin didongengkan cinta dulu
gembira dirasa bila berdua
tapi itu kisah bila minda kau beku
Dia telah beri gembira untuk semua

lihat semesta
lihat semua
apa yang kau ada
itu lah gembira













mulakan berterima kasih untukNya~

www.tips-fb.com

2 comments:

Anonymous said...

amir tepek aku!haha.tersedar sikit.

Anonymous said...

bagus ! hahaha