March 01, 2011

Permata Buatan Alam

Ambar mimpi,
            silau menguning,
                 mungkin tak secantik;
                         zamrud hijau,
                             berlian putih,
           atau delima merah.

Namun;
        dalam mimpi,
              yang memperlahan masa,
                  ia melarut bersama abadi,
       sebuah indah berbeza.

Sama seperti;
     impian kita,
         untuk kekal bersama.

Ambar mimpi;
             bukan cuma fosil,
                 ia pengakuan alam,
           atas Kuasa Yang Menganugerah Segala Kecantikan. www.tips-fb.com

6 comments:

Siti Zafira said...

MashaAllah.. Sejuk telinga mendengarnya.. Errr, I mean best.

Baca je rangkap pertama, saya terus dibayangi puisi tradisional. :)

Edy G-Minor said...

Errr, terima kasih.

agaknya bentuknya yang buat anda rasa begitu. saya cuba bermain dengan space. sekurang-kurangnya, maksudnya dapat disampaikan. ;)

Irwan said...

Ya, saya rasa susunan grafik ayat-ayat itu membantu dalam melembutkan nya untuk dihadam.

Bahkan, sastera cinta memang paling mudah dikaiti. Paling menerobos ke pangkal hati.

...dapatlak hati si muda-mudi

(atau orang tua ni)

Cik Faz said...

sedapnya.. :)

Edy G-Minor said...

wan : terima kasih. ini untuk sekalian jiwa-jiwa yang sudi merasa ;)

cik faz : nyum nyum..pisang goreng lagi sedap dimakan panas-panas -__-"

thenocturnalzulkhairi said...

ambar.
ini nama coach sekolah aku dulu
Sir Ambarnesan.
kau kenal dia eh edy?
kehkehkeh