March 14, 2011

liku jendela

khasiat samudera
mucul dalam ratib
kapan senja
tunas tulen
masih seiring
sinar dan kelam

rintihan watan
sejujur kalbu
lampau rebah
sisir jalan
mencari butir
kabus lara

lalu susuli
watikah ikhtiar
wajah tenang
mencurah
kasih juga budi
ambang pejam
di sinar cerlang
www.tips-fb.com

2 comments:

shazleeshahazeman said...

ambil masa juga nak hadam.

tapi bila dah dapat maksud dia,pergh.

seperti terjuma barang hilang yang dicari dalam resah.

nikmat.

Teratak Seni said...

hehe..

puisi dari hati di baca dalam lubuk hati pasti mengerti ;)