awak,
saya tak pernah mintak awak bawa saya pergi tempat yang jauh tu,
saya tak pernah mintak awak teman saya untuk pergi sana,
saya cuma minta awak teman saya kat sini,
cuma disini,tidak berganjak kemana-mana,
sampai satu masa,
awak beriya-iya mahu bawa saya kesana,
mahu teman saya,
mahu pimpin saya,
awak kata KITA BOLEH,
KITA cuma perlu matang dan sabar,
tapi,
sampai di pertengahan jalan,
tiba-tiba dengan tak semena-mena,
awak HILANG,
HILANG cukup lama,
entah kemana,
saya masih menunggu awak disitu,
dan saya mendapat berita bahawa,
awak tidak mempunyai komitmen untuk bawa saya terus kesana,
saya tergamam,
saya masih menunggu disitu,
tidak berganjak kemana-mana,
saya tak cukup berani untuk teruskan berjalan ataupun berpatah balik,
saya cukup takut,saya sangat fobia,
dan saya keseorangan disitu macam orang bodoh,
melihat orang lain gembira dan berseronok,
dan saya ?
hanya ALLAH yang tahu.
1 comment:
saya pun rasa cmtu gak~ huhuhu
menunggu... takut untuk kehadapan~ (^^~
Post a Comment