March 22, 2011

Emansipasi Rimau Belang Berdarah DiRaja Di Lembah Rahamjiin

Malam di rimba,
lalu fauna menggeletar,
gentar terketar,
sebisik embun menyapa;
"Ada Sang Belang! Jaga-jaga!"

Unggas tutup sayap,
cacing-cacing berhenti merayap,
sepasang mata terang dalam gelap,
langkahan kawal derap;

Sang Belang menghampiri.

"Sangat sunyi menjadi raja wilayah ini,
seumur hidupku ditakuti.
Tiada teman di sisi,
berkawal sampai dinihari."

Tiadalah jelata rimba sedari,
hari pertabalannya sebagai Raja,
Jumaat tepat tengah malam.



p/s : kita patut mengenal binatang terlebih dahulu sebelum cuba memasuki rantau personafikasi jiwa manusia sendiri. 

p/s/s : Support Earth Hour 26hb Mac ini ye kawan-kawan ;)
www.tips-fb.com

3 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

Harimau, binatang kesukaan aku... serius...

Zafira said...

Bak kata Tuan Roslan Madun (setelah aku mengubah satu perkataan), "Kubacalah manis, alah amboi amboi. Anak siapa.."

Kau selalu menyampaikan yang terbaik. Syabas! ^^

Edy said...

khuzz : binatang febret aku adalah NAGA. -__-"

siti zafira : aduhh. ini coret-coret huduh yg biasa-biasa saja la. tak manis pun. pun begitu, terima kasih :)