Terketar aku di dalam bilik,
sejuk tanganku seperti ketulan ais halus dari antartika,
degupan hati seperti kuda pantas berlari,
aku tertanya-tanya,
kenapa aku rasa begini,
ah, itu perasaan aku sahaja, bisik aku ke telinga sendiri.
Sampai bila, aku bertanya,
Kau mahu simpan rasa itu, tapi sampai bila,
Mata itu yang aku lihat, aku tenung,
Senyuman itu yang aku amati, hinggakan aku tersenyum sama,
Betul lah kata hati, cinta datang kembali.
Rasa sayang sudah hadir,
Rasa cinta mengekori dari belakang,
aku kini punya alasan kukuh untuk tersenyum sendirian,
Dan, doa harian ku selepas solat akan semakin panjang,
Ya, cinta ini bukan rahsia lagi,
Saya sayang awak.
2 comments:
jangan dipendam
nanti menghilang
sudah diucap,
kini bersama.
Post a Comment