November 22, 2011

Mencari Aku.

Aku bersandar ditepi, di dinding,
letih gamaknya berbaring di ruangan tilam petak,
ah, bosan.
Sambil bermain rambut yang cuma panjangnya seperti budak sekolah,
Aku melihat kipas berputar ligat,
persis otak aku yang tak pernah diamkan diri,
ah, bosan.

Sungguh banyak yang berlegar-legar,
hingga aku tidak terkejar,
jangan kan hendak memegang,
bayangnya sahaja tidak dapat,
sedikit pun tidak.

Dan aku,
Masih mencari aku di dalam aku. www.tips-fb.com

2 comments:

W.o.a.y.I.e.s said...

just nice.=)

Anonymous said...

i love this. seriously. ringkas tapi bermakna :)