Gambar. Sebuah memori yang membekukan ruang dan masa. Ada benarnya kata-kata ini. Cuba teka dari mana aku dapat ayat "Sebuah memori yang membekukan ruang dan masa" ni. Ahh... Dah dua jam. Lambat sangat teka. Jawapannya dari senaskah komik kelakar, 'Utopia High' keluaran Gempak Starz. Siapa kata komik tiada nilai estetika yang tinggi. Hanya dengan sebaris ayat itulah membuat aku tertarik. Buat aku tergamam. Indah sangat.
Ya. Gambar sememangnya sebuah medium untuk kita merasa kembali apa itu keindahan, kebahagiaan, keceriaan, malahan ada gambar juga yang mengisyaratkan ketakutan, kesedihan ataupun tanda tanya.
Sekeping gambar mampu menjana seribu penceritaan. Tatkala kita memilih untuk mengimbau kembali sesebuah kenangan, gambarlah perantara pertama menjadi pilihan.
**********
"Takde hadiah lainlah yang saya boleh bagi. Maaf, cuma ini sahaja." Ujar si gadis sambil menghulurkan sebuah kotak yang sudah dibalut kemas dengan kertas pembalut hadiah berwarna coklat kemerahan. Cantik balutannya.
"Terima kasih, awak." Aku menerimanya sambil menguntumkan senyuman yang tercipta secara automatik. Sungguh seumur hidup teramat jarang aku menerima hadiah apatah lagi pemberian. Kalau dikalungkan pingat gangsa dalam acara merentas desa masa tingkatan lima tu adalah.
"Selamat Hari Lahir, Sayang," sambung si gadis lagi. Begitu lancar sebutannya.
"Terima kasih. Terima kasih." Aku tak henti-henti menguntum senyuman. Biarlah senyuman ini tidaklah mampu menawan mana-mana gadis, namun senyuman itu aku ukirkan khas untuk si gadis yang dah menawan hati ini. Kawan-kawan lain yang turut meraikan sekadar ketawa menyakat.
**********
Sehingga hari ini, pemberian itu masih berdiri tegak di meja dalam bilik tidur aku. Sekeping gambar yang siap dibingkaikan dengan bingkai yang cukup cantik. Ada manik sederhana kecil yang bertakhta menghiasi bingkai hitam disekeliling gambar.
Gambarnya, si gadis memberi senyuman, duduk di kerusi taman rekreasi di samping aku. Ya, aku ada sekali dalam gambar tersebut. Kami berdua di mana gambar tersebut ditangkap oleh kawan kami, Nurul Ain. Aku ingatkan sekadar saja-saja, tak tahu pula gambar tersebut mahu dibingkaikan.
Sungguh, aku sendiri tak terlepas dari menjadi pengimbau memori melalui sekeping gambar. Rindu? Bohong kalau aku kata tidak.
4 comments:
Tahniah bro sbb ko tpilih sbg lelaki melayu terakhir...
Ayat bes wpun dicilok dri utopia..
Xpe itu namanya inovasi...
Memula aq bukak pro5 ko,
aq tgk ada dua blog..
Aq xtaw mne 1 nk plh,
then aq plh yg ni jela..
Ok bro,keep smiling dgn hdiah ko tu...
Hdiah yg awek aq bg,selepas 4bulan bru aq bukak..keh3..
Dh bkulat..rupanya coklat yg dia bg...
Wakakaakakak...
Ezad : Sipot Si Tukang Tulis tu blog aku.. sini blog beramai-ramai menconteng-conteng...
bro, maju skg eh?
kehkehkehkeh.
Cis.. (-_-")
Post a Comment