Ku impikan berbaring di tanah lapang,
Melihat senyuman bulan dan mendengar gelak tawa angin malam,
Selepas hari yang panjang,
Mungkin jika kau berada di sini,
Bersama aku melihat lukisan indah,
Dan aku terjaga dari lena,
Melihat kau lena di riba ku,
Sambil matahari kacak tersenyum,
Aku cuma mampu simpan rasa itu,
Dan aku sembunyikan hati ini.
1 comment:
how sweet. :)
Post a Comment