November 20, 2011

no 30 Wonderland

tiga tahun lepas, saya terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan saya terlantar koma untuk lima bulan lamanya, seperti apa yang diberitahu oleh ibu saya. kata ibu, doktor sahkan otak saya mungkin tidak akan berfungsi pada satu masa yang dia sendiri tidak dapat nak pastikan sebab kecederaan pada otak saya sangat teruk. ibu tidak putus-putus harapan untuk saya bangun dari koma dan kembali sihat. 


sepanjang di dalam tempoh koma, saya ingat saya berada di suatu tempat yang langsung tidak pernah saya jejaki sebelum ini. tempatnya sangat cantik; bunga-bunga sentiasa berkembang, matahari sentiasa bersinar dengan redup, dan orang-orang di tempat itu pula sangat baik hati. mungkin ianya tidak jauh beza dari Disneyland. 


sewaktu kali pertama saya tiba di situ, sepasang budak-budak lelaki memimpin saya masuk ke tempat tersebut. budak-budak itu sangat gembira sambil bernyanyi-nyanyi kecil. saya dibawa ke sebuah rumah yang sangat besar dan berjumpa dengan sepasang lelaki dan perempuan yang saya kira, sepasang suami isteri. mereka mengucapkan selamat datang dan meraikan ketibaan saya dengan mengadakan jamuan yang disertai dengan ramai orang. mereka berpesta, menari-nari dan makan hidangan yang tidak habis-habis disediakan. 


setiap hari saya dilayan seperti seorang puteri raja, seorang orang penting di situ. mereka tidak pernah bertanya dari mana saya datang, siapa saya, apa nama saya. mereka hanya mengajak saya ke tempat-tempat yang saya sendiri tidak pernah bayangkan. mereka bawa saya ke sebuah istana yang penuh dengan gula-gula, coklat dan kek, ke sebuah taman yang dipenuhi dengan arnab-arnab putih, mereka bawa saya terbang di udara, menyelam ke dalam lautan dan pelbagai tempat yang kamu sentiasa hayalkan.


sewaktu saya sudah berasa selesa tinggal di tempat itu, tiba-tiba, satu hari satu halilintar yang sangat terang dengan bunyi dentuman yang sangat kuat menyambar di tempat itu. saya yang sedang bermain dengan budak-budak, terpaku. dan tiba-tiba satu suara yang sangat kuat bergema, "Alice, we are not in Wonderland anymore".


dan hebatnya kuasa Tuhan, mata saya yang sekian lama tertutup itu kembali terbuka.
www.tips-fb.com