December 29, 2010

1 2 3 Babak Pada Paginya Pagi

Pagi
Burung outstation cari rezeki
Tweet sana tweet sini berlagu riang dalam hati

Pagi
Si alpa orang berbungkus selimut baluti diri
Dan sempatkan sedua tiga saat bermonolog basi
"Ah, Subuh lepas lagi. Uh, it's okay. Esok masih ada hari."

Pagi
Si hebat manusia senyum optimis penuh radi
Angkat tangan kasar tapak memanjat doa mensyukuri
"Alhamdulillah Tuhan. Segalanya telah Kau beri. Moga bahagia aku di ukhrawi."

Pagi
Asu keliaran di selekoh kanan
Umpama guard yang barak pada tajam jelingan
Asu kenyit mata perlahan dan berkali tetapi memaknakan
"Manusia tak semenggah pada kelakuan. Niat dalaman tampak cool, konon penuh kesan. Oh retorik rupanya mereka perankan?"

Oh! Asu itu mendajat.
Malu sungguh kita ini kan?

Kan kan kan?

December 2nd, 2010. www.tips-fb.com

4 comments:

shazleeshahazeman said...

aku cek kamus:

1)asu:taring
2)dajat:ejek


hm..still tak paham.explain.

Edy said...

"asu" kalau diambil dari bahasa melayu nusantara biasa maknanya taring. tapi "asu" melayu nusantara belah sulawesi bererti anjing.

errr..itu sahaja yg saya tahu dan saya fahami. betulkan kalau ada kesalahan.

shazleeshahazeman said...

hmm.ye ah.dah cek tadi memang ada perkataan anjing tu.

thanx bro!

Zafira said...

Asu means anjing secara khususnya. Ya, taring juga erti lain bagi asu.

Saya menimbang guna penggunaan asu berdasarkan konteks pertuturan bahasa serumpun (bahasa Melayu dan keluarga bahasa Melayu) bagi hampir keseluruhan masyarakat di Malaysia. Yang dimaksudkan asu dalam konteks ini - 'anjing'.

Kini, terlalu sedikit penutur yang menyebut asu, namun perkataan ini ada ditutur dalam bahasa Jawa. Tidak silap saya, ada juga penutur di selatan Thai yang menggunakan asu bagi merujuk anjing. Bagi orang Melayu Perak pula, mereka menyebut 'asu' pada perkataan 'gigi asu' yang bermaksud gigi taring.

Dajat bererti ejek. Lazimnya, menerusi perbualan dengan orang-orang yang sudah berusia dan tidak mengalami mobiliti ke luar kawasan mereka, kadang-kala, ada diguna perkataan dajat.

In short, asu mendajat bererti anjing mengejek akan perilaku manusia. Sekadar sebuah perbandingan.

Sekian, sedikit penjelasan. :)