cuba lihat wajah itu
senantiasa berlegar di samping
kadang terlindung di balik topeng
topeng ciptaan jiwa
terkadang berwajah jahat
jelas sekali di mata kasar
namun di balik topeng itu
tersimpan seribu kebaikan
terkadang berwajah baik
manis sekali lembut hati
namun di balik topeng itu
tersimpan seribu kejahatan
terkadang jadi buntu
terkadang jadi keliru
kawan seribu wajah...
1 comment:
Sedang mengalami.
Selain aku berdoa kepada Tuhan agar segala yang sedang dilautkan ke hadapanku itu adalah sebagai kifarah dosa, aku juga percaya bahawa kita pada setiap masa belajar mengenali 'dunia'.
Ada beberapa perkara yang jelas 'tidak matang' perlu diabaikan kerana sejuta impian lain yang sedang kita genggam masih perlu kita selesaikan. Serba sedikit kepercayaanku.
Post a Comment