memijak sisi saja jalan istana
bertabur pasir bersilang emas
menutup tanah Tuan Besar
aku terpanar.
berkata dia dengan nada ;
"Hamba, ambillah emas itu kalau kau mahu.
di setiap kali perjalanan tanah ku. Aku izin mu."
bersorak riang aku heboh
tapi dengki Mereka kecoh.
-------------------------------------------------------
berjalan lagi aku kemudian
mahu mengutip emas pujaan
diperhati Mereka sendirian
ditahan aku satu badan ;
"kau tak layak berjalan sisi di sini,
apatah pula menguis harta aku, Tuan Besar."
seraya padam lampu istana
hilang pun aku ditarik tanah
sesat pusat aku bertelaah
sejenak bersedih dimain saja
kau beri di awal dan kau ambil di akhir.
apa salah ku?
aku bukan peminta sengaja~
2 comments:
kencang farid. kencang.
aku taktau ape jadi, tapi aku simpati.
tak de ape la,d.
aku je yg lebih2 menulis.
hahahaha.
Post a Comment