Pada sebuah penantian engkau melolong deritamu,
dan aku cuma bertiarap lesu.
Sungguh, kau katakan itu rencana Maha Esa,
cuma aku tidak melihat lagi taubatmu ;
segulung sejadah dan telekung putih,
masih ada di atas para tanpa kau sentuh.
Kau mahu dimuliakan semula tanpa sedar ;
noda dosa itu harus kau cuci dahulu,
lalu doa-doamu yang kau tuntut pada Tuhan ;
kau lepaskan agar secepatnya dikabuli.
Sedarilah bahawa pendosa seperti kau,
berlaku sombong pada Tuhanmu sendiri,
bilamana kau persoalkan takdirNya.
Terbukti, kau tidak setegar hambaNya yang lain.

No comments:
Post a Comment