Lantas masa yang berlalu ku tinggalkan untuk aku menjamah masa-masa yang akan tiba. Menghadap detik waktu yang kini hanya tinggal beberapa,
Rasa sayu kerana cita-cita yang dikejar entah ke mana,
hilang dek angan-angan yang tinggi hingga lupa aku yang di sini masih berpijak di tanah yang berdebu.
Laluan-laluan yang sama masih akan aku lalui,
namun detik waktu itu yang tidak serupa,
bahkan memang takkan serupa seperti dahulu kala.
Ketika aku mula bertatih dengan pena,
kini aku rancak dengan komputer riba.
Namun orangnya tetap sama.
Kalau dulu si lelaki asyik dengan permainan konda-kondinya,
kini si lelaki sudah mula keluar kota menimba ilmunya,
dulu si dara dengan permainan masak-masaknya,
kini apa yang dipelajari dihidangkan untuk suaminya.
Kalau bulan dan bintang dulunya menjadi mimpi,
kini sudah mula digapai dan dikaji,
melihat masyarakat yang dulunya hidup harmoni,
kini hilang ekoran teknologi yang tinggi.
Apa nak jadi pada masyarakat kini,
hanya pentingkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment