December 15, 2010

Apa rasa jadi Khuzz..

Boleh tak kalian jadi seperti aku?


Lahir di Batu Pahat,
Membesar ketawa sekolah rendah Kulai,
Awal remaja juga tempat sama,
Pengajian tinggi bersambung di Segamat,
Kampung halaman di Kluang..


Perasan tak?
Aku tak pernah keluar Johor...


Boleh tak kalian jadi macam aku?


Selalu gelak walau duka melanda,
Tangis di dalam di luar ceria,
Masalah menjengah aku buat selamba,
Semuanya boleh selesai punya...


Boleh tak kalian jadi gaya aku?


Gaya bersahaja tak menonjol rupa...
Raut biasa tapi manisnya ada...


Aku budak kampung,
Aku layan lagu rock kapak,
Aku pentingkan kawan,
Aku sambilan kerja sewaktu belajar,
Aku berjaga malam bila yang lain selimut mimpi,
Aku punya sarapan pukul 12 tengahari,
Aku bawak motor sambil menyanyi nyaring,
Aku takut naik bas,
Aku tak suka lagu indon,
Aku pemancing bila bosan menjengah,
Aku bertugas sebagai penjaga gol,
Aku fanatik Chelsea,
Aku bermatian untuk Johor FC,
Menangis aku bila Malaysia merangkul emas...


Ada yang nak mengaku untuk jadi aku?
Yang penting aku layan jadi seorang aku....


---nak join jugak tulis "apa rasa" hohohohoh--- www.tips-fb.com

3 comments:

amirasyakirin said...
This comment has been removed by the author.
amirasyakirin said...

virus "apa rasa" dah menular.haha

Siti Zafira said...

Hihi, nak menyibuk tentang persamaan pada beberapa perkara. ^^

Aku lahir di Batu Pahat, bersemangat setiakawan, peminat Chelsea, sayang Johor FC, dan kurang selesa dengar lagu Indonesia (kecuali lagu yang berunsurkan dan berlirikkan budaya mereka). Huhu. =)