December 16, 2010

Ujian Yang Pasti Kalau Hidup Di Muka Bumi.

Aku bangun dari mimpi lagi,
Duduk diam di bangku,
Memandang langit yang memang tinggi,
Tepuk dada, ingat pesan insan yang sudah pergi,
Jangan bongkak diri lagi.

Ujian yang datang pasti aku tempuhi,
Ujian yang akan aku lalui seorang diri,
Hal ini antara hidup dan mati,
Bangun, jangan mimpi lagi,
Hadapi realiti,
Itupun kalau Kau lelaki sejati,

Jika ada soalan,
Maka sudah pasti ada jawapan,
Jika ada ujian, maka,
Sudah pasti ada penyelesaian.
Tabahlah, kerana kau manusia, ciptaan istimewa Ilahi.
Masa yang enak, pasti akan datang lagi.
Cuma kini, kau hanya perlu jangan bermimpi itu lagi.
www.tips-fb.com

No comments: