Cuba kau raba,
dalam kocek kananku tersimpan pelangi.
Cuba kau rasa,
dalam kocek kiriku terbentang bintang.
Kalau kamu sanggup,
jika kamu larat;
jalar ke atas lagi.
Sekarang,kelar dadaku,
dan di situ ada matahari.
Ya matahari.
Kumpul semuanya,sayang.Kumpul semuanya.
Kerana kasih,semuanya untukmu.

No comments:
Post a Comment