kau nak tahu?
walaupun,
selangkah tepi aku jauh dari kau
dua langkah kau dekat dengan aku
walaupun,
berlari aku mahu tinggalkan kau
terus berpecut kau kejar belakang
walaupun,
sesaat saja pun aku lupakan kau
separuh saat kau akan muncul
walaupun,
setahun aku buat kau menunggu
selamanya kau tetap di situ
walaupun,
bertumbuk padu aku halakan kau
bertangan tepis kau mengelak senyum
walaupun,
acah-acah aku melayan diri kau
pun sungguh-sungguh kau bermanja
walaupun,
penat aku memaksa kau selalu
bersemangat degil kau menerima
walaupun,
aku cuba melenyapkan bayang kau
kau tetap ada saja di mana-mana
pening
pusing
semuanya lah.
sebab hati aku berpahat diri kau, gemok.
5 comments:
Hihi. Adohai.
Aku harap kau boleh bawa bertenang. Jangan bawa bertendang pulak. :p
hahahaa. kenapa plak?
lagi kita lari, lagi dikejar pula...
adoi...
hahaa. kata main kejar-kejar. mesti la mcmtu. :P
hehe
berkejar kejaran...
bila dah penat
baru nak berhenti
Post a Comment